Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan kamo secara kasar. Cara pengiraannyer seperti dibawah :
Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. Cara pengiraan BMI :
BMI = Berat (kg) _____________________ Tinggi (m) x Tinggi (m) Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI : Kurang berat : BMI kurang dari 20 Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9 Berat badan berlebihan : BMI melebihi 25.0 Pra-obes : BMI 25.0 hingga 29.9 Obes Kelas 1 : BMI 30.0 hingga 34.9 Obes Kelas 2 : BMI 35.0 hingga 39.9 Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0 Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda: 1. Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun 2. Mengandung atau menyusukan anak 3. Seorang ahli sukan yang aktif |
Doktor PesaN?
- Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
- Makan secara sederhana.
- Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
- Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
Aku lak...:
Makan snek yang berkhasiat - Makan la jugak kan..huhu
Makan secara sederhana - oh oooo! Jarang sekali kot..kuang..kuang..kuang!
Bersenam? - setakat sapu2 umah aku jer
tonton TV? - ermmmm...16jam sehari on..adoi!
Ape aKan Jadik:
makin bam-bam lah Nur ayuni.....sekian!
0 comments on "Yuni mempunyai berlebihan berat badan ?"
Post a Comment