Wednesday 23 February 2011

Silap ai ruper nye...

Posted by Nur Ayuni at 15:11 0 comments
uishh..
malu la nak cakap..

hari tu yuni ader ckp kat ruangan chat yg x der sesape yg sudi comment
kat blog yuni kan?

yang sebenar2 nye..
yuni tersilap setting..
huhuhu

yuni mintak maaf coz mengeluarkan statement tersebut..
wah! cam artis lak..
kikiki

blogger2 semua..
yuni rindu nak p jalan2 blog korang..
tapi nak wat cam ne..
'berod' band yuni nie bajet ciput..huhu
nak jalan2 pon kena ikut musim..hehe

k la..yuni ader kelas..bye!

sengih maluuuu...

Monday 21 February 2011

Contest Senyum Paling Ceria

Posted by Nur Ayuni at 19:50 1 comments

Ehem..
x penah2 ai join contest..
pertama2 kali nyer nak try la kan..mana tau dapat hadiah
huhuhu
strawberry thanks ye tag ai..hehe

Kalo dah orang tag kena la join yea tak..
sesape yang yuni tag sudi2 kan lah diri anda untuk join yea..
kalo x menang pon bukan bermakna senyuman kite tak ceria..yea tak..
tak salah mencuba!
Join contest di sini
Kat situ korang leh baca cara2 join contest nie..senang jer!

nie la gambar yang yuni rasa paling ceria..hahaha

ceria sebab posing dengan hero mama!

jeng...jeng..jeng..
nie pulak insan bertuah yang wajib join contest ini...hehe

1.myra

Wang tunai rm100 dan hadiah menarik dari United States menanti!!! 
TARIKH TUTUP : 31 MAC 2011 (Thursday)
fuh..menang........hehehe

Diri ku Tercabar...!

Posted by Nur Ayuni at 16:51 0 comments
Assalamualaikum blogger semua..
Pagi  tadi yuni mengajar seorang murid india darjah 3..
First subject BAhasa  Melayu..

ermm..
masalah nye dia tak pandai sangat baca BM nih..
suruh baca mesti nak kena eja dulu..
kalo eja betul x pe gak..
ni eja CuCi
bunyi Cace..
Haaaaaaaaaaaa! tersedak ai makan cekodok u..huhu
jauh benor pegi nye..
time eja ok..bila time nak menyebut perkataan tu lintang pukang jadinye..

yuni tanya nape?
dia cakap
LUPA!
pulak....

tak ke tercabar kewibawaan daku!
hehehe..
So, kat sini nak tanya la kan pendapat2 korang macam mana nak bagi student ni teror membaca BM nanti..
leh kongsi idea yea..


Sunday 20 February 2011

MenTor..OH Mentor

Posted by Nur Ayuni at 23:29 0 comments
Tadi yuni tengok program mentor kat TV3..
ermmm...macam mana nak cakap yea??

Sebenar nye yuni tabik spring gak la kat peserta2 ujibakat mentor ni..
Mereka ada keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan orang2 'fofular' walau pon.....tau2 je la kan..huhu

kadang2 terfikir gak..
sesetengah mereka sedar ke tak diaorang berbakat atau tidak..
atau..
saje2 untuk memcuba..
tapi..
tak leh cakap gak...sbb ader yg x der bakat masih memujuk rayu nak jadi protege..masalah gak tu!
itu maknanye dia org tak sedar yg diaorag x de bakat sebenarnye..cian lak!

erm...
tapi kan..tengok program tadi 
buat yuni terfikir hidup kita sebagai manusia nie..
macam2 dugaan yg kita mesti lalui di muka bumi nie
lain orang lain pulak dugaan nye..

yang pasti kita x boleh sama sekali lari dari dugaan itu..
apa yg terbaik ialah menghadapi nye dengan iman, hanya iman lah yang akan memandu  akal fikiran kita untuk memilih cara hidup yg betul..
yeake?
pandai2 lak ai!
huhuhu

Kesimpulan nyer disini..
Menonton program tu tadi buat yuni..
KETAWA..dah semesti nyerrr!
MALU?? aik! yuni lak yg malu...
MENANGIS..........jiwa sensitif la kater kan..ahakk!
ala..yang time KAK PAH tu..ader sorang tu dia cite semua org cakap dia ni bernasib malang..dia cakap lagi dia p ujibakat tu bukan niat untuk jadi protege tapi untuk membuktikan kepada orang yang dia berani dan ade keyakinan untuk buat aper yang dia nak..
Lepas abis nyanyi..
of coz KAK PAH x pilih..huhu..tau2 je la yea nape..malas nak citer!
keluar dari bilik tu dia cakap yang pertemuan dia dengan KAK PAH tu amat berertii kerana KAK PAH buat dia berasa dia tu BERNILAI! 
air mata yuni pon menitis..huhu
terharu ke apa..ntah la..haha

ok la..nak layan MERLIN lak..
babai


Friday 18 February 2011

Tambah Kerjaya...=)

Posted by Nur Ayuni at 12:39 0 comments
Dah seminggu x update blog..
ade sesape rindu tak? huhuu..
cam gelemor je ek!

Dalam seminggu ni sibuk skit..
maklum la kerjaya bertambah...hehe

Sekarang nie, selain jadi suri rumah yang banyak tangga nie..
yuni jadi tauke COKLAT and baru2 nie jadi guru tuisyen...
ala...bukan ramai pon 3 orang je..tapi masa lain2..

Lagi satu yuni jadi guru mengaji Quran..
boleh dikatakan sibuk gak la kan?

Lebih2 lagi Hubby yuni x de kat umah..
outstation sebulan..
huhuhu...menjaga ahmad harith sorang2 juga satu cabaran..
dah pandai buat permintaan yg bukan2..
nak contoh?

harith nangis mintak nak terbang?
Ayyoyy!!!
Macam mana mama nak buat????

Citer pasal kelas tuisyen ni..
yuni guna program skor A...
nak tengok student yuni leh skor A tak nanti..hehe
kalo dia org dapat tak ke bangga den!
pastu mesti ramai lagi yg masuk nak jadi pelajar yuni yea tak?
dah ramai nati kena taruh nama la..ermm Pusat Tuisyen Yuni Score A..ok tak
ahaakkk...
Berangan la pulak...baru seminggu mengajar..
huhuhu

Apa yg penting kena ikhlas..
Doakan yuni semoga dapat buat yg terbaik dalam kehidupan ini..
amin..

Thursday 10 February 2011

SEJARAH VALENTINE

Posted by Nur Ayuni at 13:10 1 comments
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya).


Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.



Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.




Tuesday 8 February 2011

Asal usul nasi lemak

Posted by Nur Ayuni at 10:42 1 comments
Memandangkan pagi tadi aku keluar pagi nak p pos coklat yg org order
ape salah nye aku beli nasi lemak skali..huhu
(x abis2 ngan sesi mengembangkan badan)

tgh2 makan terfikir lak asal-usul nasi lemak nie..
aku pon carik la kat google..
byk2 info ni yg aku pilih untuk korang baca..

'Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum. Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati. Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.

tak yah la korang percaya yea!
hu..hu..hu

Monday 7 February 2011

BeRita TerBaekk!

Posted by Nur Ayuni at 20:17 2 comments
Tengah buat coklat petang tadi tiba2 dapat idea..
Tingggggggg!
ini la idea nye..

' Kepada semua FOLLOWER blog AYUNIEY dan SWEET YUMMY TASTE,
saya dengan suka hati nyer nak bagi tau kamo yg kamo semua secara automatik nye mendapat 20% diskaun sekiranya kamo membuat tempahan coklat daripada yuni! '

Ok tak idea tu?
Boleh la kalau nak war-war kan kepada kawan2 yg lain yea..:)
kat bawah nie blog coklat yuni..

Sunday 6 February 2011

YuNi PikiR-PiKir byK Kali

Posted by Nur Ayuni at 11:38 2 comments
Assalamualaikum semua!
Esok dah seminggu dah blog yuni (si pembuat coklat) ditubuhkan!
ayakkk!..(cam classs jerk aku nie!)
ermm..dah ader 24 yg sudi follow blog nie..
tenkiu bebanyak yea..

Sejak blog ni wujud FB aku wat x tau dah..
sekadar dipinggiran lak jadinyer..huhuhu
giler blogging lak aku skarang!

Oh ya..kepada sesiapa yg dah jadi follower yuni..
sila2 kan lah diri anda submit link ko org kat bwah sekaliiiiii blog nie..
bukan memaksa..
sebenarnya kalo awak2 semua buat cam tu nati saya akan masukkan blog korang dalam BLOG GENG YUNI..
dah masuk list tu senang la saya nak blog walking..

Sbb nyer lagi, saya nie suri rumah sepenuh masa,
suku masa lagi wat bisnes coklat..
suku masa lagi berblogging la..
Jadi saya rasa cara tu menyenangkan saya untuk skodeng2 blog ko org..
Tul Tak???

ermm..tapi syaratnye..blog saya pon mesti ader dalam blog list ko org..
hehehe..
Kalo saya check tak der..lambat la saya nak p jalan2 skodeng kamo, nak comment2 post kamo..
huhuhu..

K la..time blogging tamat sementara..nak masak utuk lunch pulak!
ermm..rasa nak makan ayam masak merah!
GULPpppp


Friday 4 February 2011

SuKa Hati

Posted by Nur Ayuni at 23:25 1 comments

Senang hati sangat2 malam nie..
Apa tak nyer!
Buka ajer blog tgk iklan churp2 kat sebelah..
tak hilang lak tu!
guling2 kat lantai sbb over hepy la kater kan...

Walaupon masa blaja dulu aku amik bahagian coding-mengoding nie tapi
dah lama aku bersara..
hik hik hik
aku rasa bukan susah pon nak buat tadi..
aku jer yg blur semacam!
cian org tu..melayan persoalan2 aku nih..

Kalo kamo2 semua minat nak ader iklan cam sebelah leh menuntut dari


Luper pulak aku nak menanyer nama org itu..
huhuhu...
Terima kasih sekali lagi...:)

Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Posted by Nur Ayuni at 16:25 0 comments

Yuni mempunyai berlebihan berat badan ?

Posted by Nur Ayuni at 12:00 0 comments

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan kamo secara kasar. Cara pengiraannyer seperti dibawah :


Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. Cara pengiraan BMI :

  

BMI    =                          Berat (kg)
                            _____________________ 

                              Tinggi (m) x Tinggi (m)





Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :   

Kurang berat :  BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0

Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0


Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

1. Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun 
2. Mengandung atau menyusukan anak 
3. Seorang ahli sukan yang aktif



Doktor PesaN?

    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.

Aku lak...:
Makan snek yang berkhasiat - Makan la jugak kan..huhu
Makan secara sederhana - oh oooo! Jarang sekali kot..kuang..kuang..kuang!
Bersenam? - setakat sapu2 umah aku jer
tonton TV? - ermmmm...16jam sehari on..adoi!

Ape aKan Jadik:
makin bam-bam lah Nur ayuni.....sekian!

p/s: dah lama aku tak timbang berat..tapi aku leh agak dah..comfirm skala naik!huuuuu


Thursday 3 February 2011

Yuni nak Kasik Hadiah

Posted by Nur Ayuni at 17:37 1 comments
Yippiiiiiiiiiiiiiii
Memandangkan blog nie masih baru..
Aku nak bagi hadiah pada peng 'comment' paling tinggi bulan Feb nie..

Sape nak join angkat tangan!
hik...hik..hik..



English Design..

Posted by Nur Ayuni at 14:30 0 comments
Sememang nye aku amat menggilai enGlish design..
Pulak tu kalo aku p umah org yg penuh ngan barang2 english style nie..
aku leh dengki GileR...huhu
Nak tau sebab nye???
sbb aku x dapat meng'style'kan umah aku ngan english style tuh!

Sbb nye lagi..
My HuBby ku tak suka!
Waaaaaaaaaaaaaaaa..

Tapi kan aku ader gak curi2 beli..
Skit pon jadi la kan..nak wat cam ne..
Baru2 nie kiter org jalan2 NIlai3..
My Hubby beli perhiasan dinding..
'Kayu' nyer style!
Ala..yg tulisan Khat tu...
Jam pon dia beli style kayu gak..huhu

Kat nilai 3 tu ader byk gak la kedai2 yg jual english style nie..
Aku sekadar menjeling jer la..:(

Lagi satu kat Angsana!
Satu kedai nie penuh ngan barang2 english style..
Kalau kamo masuk memang kamo sukerrr la..
apa nama kedai luper lak aku..huhuhu

Ni gambar yg sempat aku snap..
nak snap byk2 takut kene halau lak..



Harga barang2 kat kedai ni x de la mahal sangat..
semua murah2..
Kalau ader sesape yang nak pergi leh ke tingkat paling atas Angsana!

Wednesday 2 February 2011

Ape yg Yuni Ade..

Posted by Nur Ayuni at 21:40 0 comments
Tak tau la..
2,3 bulan nie muka aku nie senang nak naik jerawat..
Lebih2 lagi time dekat2 nak period..
Kat muka aku nie dah ader dah skit2 parut jerawat..
dah naik kat muka aku buat tanda lak bagi kenangan yer!
huh...

Sebenarnye..
Dulu2 aku suka sangat tukar2 produk untuk tempek kat muka aku..
sbb aku cepat boring..hihi
Tapi selama aku praktikkan tabiat aku tukar2 produk ni x de lak aku bermasalah dengan jerawat..
Pendek kater aku tak penah risau pasal jerawat pon..

Sehingga la aku guna satu set produk Malaysia nie..
memang aku tak nafikan keberkesanan produk tu..
Muka aku jadi putih, licin, sebiji jerawat pon tak naik kat muka ai..
caya tak?
tul la...

Masalah nye aku tak leh berhenti pakai produk nie..
Kalo aku stop mula la naik jerawat..
cam no tu?

Sejak hari tu aku terpaksa la hentikan tabiat ku menukar2 produk kecantikan ni..
produk glemer la jugak..kalo aku cakap mesti org kenal..
~~~Tia Amelia~~~
Dia ade krim siang n malam
yg aku selalu guna sabun pencuci, krim pemutih n krim kunyit..

Krim kunyit tu aku rasa yg paling elok..
Mase2 bujang2 dulu leh la aku tempek tiap2 malam kat muka..
tapi bila dah bersuami ni aku rasa tak sesuai nak memakainye..
Yea ler..dah muka aku kuning jerk..
suami pon tak datang dekat..huhu

So, aku try2 la pakai produk lain..campur2..hehe
Ni le yg aku pakai..


Yang ni aku pakai waktu siang jer..

Yang ni lak aku pakai lepas cuci muka..Bila kita sapu kat muka ia bertukar jadi buih2 kecik..

yang ni wajib ader..x leh kehabisan stok..sbb bintik2 putih selalu singgah kat muka aku..
yang kat atas ni la penghalau tetamu yang tak diundang tu..huhu

Syukur

Posted by Nur Ayuni at 17:35 0 comments


Finally..
Aku boleh berblogging dengan senang hati..yippiii!
tak de lagi backup post yg ngikut aku..hehe

Dari semalam aku bengang jer mikir kan nyer..
sampai terbawa2 dalam mimpi  (dasyatnye..)

acceli..masa kat kolej dulu memang aku belajar pasal coding2 nie..
walaupon x la teror sgt tapi leh la skit2..
Dari semalam sampai la tadi aku mengadap coding blogger..
Uper2 nye masalah kecik jer..huhu
Apa la aku ni kan..
masalah kecik je nak kecoh!
kui..kui...kui..

Apa yang penting aku belajar dari kesilapan..tul tak?
Ader ke yg nak jawab??
ho..ho..ho..

Tension nYerrrrrr

Posted by Nur Ayuni at 10:48 0 comments


Dari semalam aku tersangat la tension ngan blog aku yg satu nie..
arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Nape bila aku post je keluar 2 post lak..cam berulang2..
ingatkan sbb aku guna theme comel2 yg jadi cam gini..
tapi bila aku try tukar cam same jerk..
Nape?????????????????

Ade tak yg sudik tolong aku yg ngah bengang nih!!!
Cam ader bende ngikot aku jer nie..
nyibuk jer dalam blog ku ini...
ngeeeeeeeeeeeee!

Tuesday 1 February 2011

OH..bandar seri putra

Posted by Nur Ayuni at 23:03 0 comments
Cam ne nak citer yea?
mmm...hari ahad lepas aku, hubby and Harith p jalan2 umah kakak ipar kesayangan ku itu d Pulai JaYA..saje nak jalan2 maklum lah dia sorang je saudara yang tinggal kat johor nie..mane lagi aku nak pegi kalo tak umah dia..

On the way p umah Kak Ja..My hubby tanya aku nak makan durian tak..bab2 makan nie mane penah aku tolak kan..jadi aku balas ngan jelingan manja je(huhu) hubby ku dah faham..kuang kuang kuang...

So, kiter Org pOn parking ler depan gerai itu..memandangkan tuan gerai tu tulis rm3 sekilo aku agak mesti hubby ku beli banyak2 kan..tut tut yg rm3 sekilo tu yg buruk nyer..haddoiii..
alang2 dah tanye jadi hubby ku beli la jugak walau pon rm7...dah abis pasal durian! kikiki

Citer pasal kat umah kakak ipar ku lak..
bila dah sampai..kiter Org borak2 la..cot cet cot cet cot cet..
Tiba2 dia ajak p kolumpo..BSP..
Tempat aku tuh..
Aku mesti la nak ikut..tapi hubby aku diam jerk..
pujuk memujuk pon berlaku...hehe
akhir nye hubby setuju..kul 7.30 kiter org tolak..share kete ler jimat sket kan!

Sampai BSP..Bandar seri Putra..
Rindu weh tempat ku itu..
Tak tau hepy ke sedih bila sampai situ..Tempat mematangkan aku, menyedihkan aku, menggumBirakan aku..byk meng meng lah..
Love u BSP!

Bukan senang aku nak p jalan2 kat BSP tu..nasib baik abg ipar aku tinggal sementara kat BSP itu untk PHD 4 tahun..so aku leh la melancong sekali sekala kat sane..bila dah kat sana kalo leh aku nak:
1. Melawat bilik aku kat Hostel KUIS
2. Ronda2 dalam KUIS
3. Melawat umah sewa ku d VISTA


Vista

Tapi x dapat la kan..aku p pon satu hari jer..huhu..tapi aku dan menyempatkan diri melawat member aku Gee kat sana..I Like..muah muah muah..

1 hari kat sana hanye p jalan2 nilai 3..oK la tu..leh shopping2 skit..cuaca pon tak ok sgt..tapi semua tu tak menjadi halangan bagi ku n hubby..huhu..aku sempat beli tudung n selendang n tudung..Hubby ku lak beli perhiasan dinding umah..leh la kan..!

Tapi kan Kalo dah p KL aku dah ader List nak p mana..hehe



1. BSP (of cozzz)
2. KLCC (my sweet memories)
3. Masjid India
4. Mid Valley (sweet gak tuh)
5. The mineS (Shopping Beg)
6. tak de dah kot..hihi

mmm..yg tempat sweet2 tu mesti la tempat yg slalu hubby n aku dating mase couple2 dulu..winduuuuu...
Lawatan kali nie semua tempat tu aku tak sempat jengjalan..
tapi dah p BSP aku puas hati dah..cup cup!!
LOVU u so Much BSP!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LiNk SeteRusnye

 

~Pink d HaTi kU~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal